PENGENALAN
Yiwu adalah sebuah Bandar di dalam kawasan Zhenjiang, China. Negara China sangat besar lagi luas oleh itu Kerajaan China telah mewujudkan konsep 1 wilayah 1 industri. Ini bermakna wilayah Foshan di paling selatan China adalah kawasan barangan berasaskan kayu kayan dan Tianjin di utara adalah pembuat barangan berasas logam. Jarak antara dua bandar ini adalah 2,600km. Di Shenzhen pula adalah pusat peralatan elektonik dan di Taizhou di barat daya China adalah Bandar barangan plastic. Jarak antara bandar2 ini adalah beribu km. Sebagai satu aras tanda, Jarak Kuala lumpur ke Kota Kinabalu adalah 1,600km.
Di sebabkan lokasi Bandar Yiwu ini adalah berada di tengah2 negara China maka kerajaan China membina satu kompleks seluas 5 KM radius setinggi 4 tingkat untuk menjadi one stop centre bagi semua peniaga seluruh China. Maka seluruh peniaga dan pengeluar barangan dari semua pelusuk wilayah di China akan berada di Yiwu trade city untuk urusan jual beli.
Pada asalnya, Yiwu trade city adalah khusus untuk pemborong tempatan sahaja tetapi sejak 5 tahun ini, Yiwu trade city sudah di iktiraf kerajaan dan menukar nama kompleks tersebut dengan nama Yiwu international Trade City. Dan kerajaan China terus membina sambungan kompleks ini dan sehingga kini masih lagi kerja2 menambah bangunan di sambung .
Yiwu international Trade city adalah sebuah bangunan seluas 5KM radius setinggi 4 tingkat. Buat masa ini dengan kapisiti 94,000 pekedai . Sebagai satu gambaran, Jika anda melawat setiap kedai selama 1 minit anda perlukan 65.5 hari untuk menghabiskan semua kedai! Itupun kalau anda boleh berjaga 24jam selama 65 hari.
Plan Skematik Distric 1 |
Yiwu international Trade city dibahagikan kepada 5 district dengan setiap district mempunyai bangunan sendiri. Semua district ini bersambung antara satu sama lain. District pula dibahagi kepada sub section Setiap sub section adalah mewakili 1 product contohnya District 1 sub section A ground floor menjual barangan bunga plastic dan artificial. District 1 sub section B menjual flush toys.
Mengapa Yiwu trade city bukan Guangzhou
1. Semua barangan dari semua wilayah di China ada di sini dibawah satu bumbung. Guangzhou boleh dapat hampir semua barangan cuma berada di lokasi yg berbeza-beza.
2. Harga barangan lebih murah di yiwu dan pemborong di Guangzhou sendiri memborong di Yiwu.
3. Di sebabkan penduduk pribumi yiwu beragama Islam, maka makanan halal mudah didapati di Yiwu
4. Disebabkan kerajaan China mengiktiraf Yiwu sebagai International market maka keselamatan di beri keutamaan. Terdapat beribu2 kamera litar seluruh Bandar Yiwu dan kadar jenayah sangat rendah berbanding dengan wilayah lain.
Bangunan baru di I District 5 untuk retail sudah di buka...
ReplyDelete